Saturday, September 25, 2010

Thursday, August 26, 2010

Fenomena Marikh sebesar Bulan 27 Ogos 2010

 Petang semalam baru saya terdengar ada orang sebarkan fenomena planet Marikh akan berada dekat dengan Bumi  lebih kurang jam 12 lebih pagi. Pada pendapat saya Marikh takkan kelihatan sebesar Bulan kerana ia perlu berada lebih dekat...paling dekat pada 2003 mengikut link ini  http://astromas2020.blogspot.com/2007/12/marikh-berada-paling-hampir-malam-ini.html  ternyata cerita tu tak benar....lepas sahur pun aku cuma tengok ada bulan penuh, berdekatannya planet Musytari bermagnitud -2 kot, cukup cerah. kearah timur ada buruj Belantik (Orion) yang pasti Marikh dah terlepas dan tak cukup cerah....  gambar di atas adalah Musytari waktu pagi waktu  pandangan dari tingkap bilik aku, aku amik dalam tahun 2008.

Friday, August 20, 2010

Hujan, rahmat Tuhan menyejukkan bulan yang panas ini.

Hari ke-3 puasa dah ada ujan.. lega.. alhamdulillah! Hujan petang atau tengahari banyak membantu mengurangkan haba.... walaupun gitu aku bangun  jam 5.00 pagi  tak  rasa sejuk pun... sebab rata-rata suhu pagi tak kurang 25 Celcius kat kuala Selangor ni.. kalau Janda Baik atau Taiping sure suhu rendah lagi...Sekarang mandi pagi tak semencabar cam dulu-dulu masa aku kat Raub...jam 5 lebih dah bangun dengan suasana kabus dan suhu serendah 19 Celcius. atau waktu gi sahur kat dewan makan  jam 4 pagi lagi bapak sejuk(yang tu aku tak measure suhu).
ingatlah penebangan pokok yang berleluasa kat dunia ni dah memanaskan bumi tambah dengan pembakaran, dan bila Bumi dah panas lagi mudah nak terbakar plak. dulu mana ada dengar hutan kat negara kita terbakar...
semoga hujan rahmat yang turun ni dapat membataskan aktiviti pembakaran terbuka ni...