Friday, April 26, 2013

Pemanasan Global .. Hangat-hangat dah sejuk..dalam blogging

Blog tak terurus .. bukan kerana malas tapi memang banyak benda lain kena buat, connection kat rumah yang dah 2 bulan putus-putus menambahkan rasa malas, Exam pun dah dekat dan anak-anak kengkadang tak sihat.. semua faktor tu buat semacam hangat-hangat taik ayam lalu sejuk... Sama kes dengan bumi.. dimana musim sejuk dah sebabkan musim bunga dan musim panas tertunda tahun ni...
Kita kat Malaysia mungkin tak rasa pasal panas memanjang.... kat UK sampai April ada ribut salji...USA, Kanada banyak rekod salji turun dah dipecahkan...
 Aku semacam percaya bahawa Maunder Minimum 300 tahun dulu boleh berulang, 
Seorang  ahli Astro fizik Russia, Prof. Habibullo Abdusamatov meramalkan fasa pertama penyejukan bermula pada 2014...jadi ada logik la tahun ni musim bunga terdelay. Menurut beliau fasa penyejukan boleh jadi dengan kadar yang pantas....



 Prof. Habibullo Abdussamatov