Monday, December 6, 2010

Dah lama tak ber Blog......

Sejak sekian lama rasanya tak berblog,,, begitu sibuk,,,,,dan puteri kesayangan mengalami kemalangan kecil di rumah,,.terpaksa diadmitkan ke wad kanak-kanak, Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru,, sedih, dan bimbang...kecederaan yang dialami melibatkan kebakaran atau melecur tahap 2 di tapak tangan dan pipinya. melecur biasa..

Hani di wad bersama sahabat baiknya



 akhirnya balik kat rumah...

Jutaan terima kasih buat nurse-nurse KBMC (hospital Al-Islam) yang baik hati kerana melayan Hani... tak lupa pakar-pakar , Dr. Noraziah  dan Dr. Rosnah Bt Taha...