Monday, February 4, 2013

Laman web astronomi Falakonline.net

Dah lama aku tak membuat renungan-renungan malam macam dulu2  waktu  zaman ITM student, hampar tikar (atas bumbung kolej atau padang bola) sambil tengok ke langit kira  lintasan meteor waktu Perseid meteor shower (selalunya malam ade awan). Kejap tadi saje-saje cari web pasal astronomi kat Malaysia.. jumpa la http://falakonline.net . memang teruja sebab ramai Amateur Astronomer yang memang  Ahli dalam bidang ni... tak payah aku beli magazine Sky& Telescope macam waktu bujang dulu sampai kena marah dengan mak ayah pasal mahal sangat...
Ada cerita pasal komet untuk 2013..pasti gempak.
Boleh la ikuti perkembangan astronomi banyak tips dan ilmu berguna..... selamat  merenung bintang (star gazing)..










Sunday, February 3, 2013

Geografi : Sains Atau Sastera


Disebabkan ada seorang  kawan yang membuat pengajian dalam bidang Geografi sebagai Minor dan di sedang mengulangkaji untuk ujian , terfikir di bahagian cereberum otak ...kenapa  aku disuapkan bahawa Geografi itu aliran Sastera.?

 Sejak dari Darjah 4 aku dah belajar Ilmu Alam Malaysia, zaman tu masih dasar 3M , belum KBSR..
aku tak ada gambar buku teks atau lain-lain bukti... aku dah belajar pasal perlombongan timah. di Ulu Kinta Perak, ada pam kerikil ada mendulang ada pulak guna kapal korek. Tajuk lain pekebun getah di Raub, tanaman teh di Cameron, Perikanan Terengganu , yang paling belakang sistem pengangkutan di Malaysia.. bagi aku mcam pelajaran pengetahuan am.

Darjah 5, aku kena belajar geografi yang melibatkan aktiviti di luar negara, antaranya" Penangkapan ikan di Jepun"," Penanaman gandum di Prairie"  yang belakang aku ingat   " Penanaman buah-buahan di Australia Barat".

 Darjah Enam aku banyak kat luar kelas , maklumlah prime time aku Darjah 5, sebab ambil Peperiksaan  Penilaian Darjah 5. Setelah panjang cerita pasal belajar geografi ni ,, dah jadi subjek favourite aku bila masuk sekolah menengah..pendek kata,aku selalu dapat A.. atau kalau soalan objektif salah 1 atau 2 je.. .SRP A dan SPM A.. bukan nak bangga.. cuma nak beritahu aku minat..tapi aku minat pulak kat Biologi bila dah Form 4,, jadi aku cenderung ke bidang sains , Sains menegah rendah dan sekolah rendah pun aku minat. Jadi bila aku tahu Georafi adalah untuk aliran Sastera aku rasa bingung lagi membengongkan kenapa macam tu????

Aku rasa Geografi patut dapat susur galur sainsnya, Bidang Geology perlu pengetahuan geografi,
Geografi fizikal terutamanya banyak didokongi Subjek sains lain...Matematik dan fizik  dalam hal-hal ukuran
, angka-angka statistik, parameter-parameter fizikal tinggi rendah, suhu,tekanan, sudut, kelembapan, halaju,
ketumpatan, kecerahan, kepekatan serta perlu mahir menggunakan peralatan yang bersesuaian..
 Manakala Kimia terkait dalam hal berkaitan Mineralogi, material organik (minyak dan petrokimia) , parameter seperti  pH, reaksi bahan, sifat bahan seperti air. Biology boleh dikaitkan dengan Biome dalam bumi ,Ecology sesuatu kawasan dengan iklim yang bersesuaian, aktiviti yang melibatkan organisma hidup, iaitu haiwan atau tumbuhan.
sebenarnya Geografi atau lukisan bumi , adlah ilmu yang versatil dan saya kurang bersetuju ia dilabel subjek Sastera... Buka Minda.... Geografi juga Sains. Sains itu  maksudnya pengetahuan berdasarkan pemerhatian dan pengamatan  .