Friday, January 25, 2013

Aktiviti Off road 4X4 environment friendly???

Off-road 4x4 tak kira dirt bikes atau kenderaan besar selalu dikaitkan dengan eko-pelancongan  tapi pada pendapat aku..dari pemerhatian aku 
Kenderaan 4X4 yang berenjin diesel ni kalau beraksi kat sirkit yang di reka khas kira ok la nak tajamkan skill pemanduan.
Tapi kalau masuk hutan hujan kita yang jarang orang masuk..ada pulak anak sungai.. memang pengganggu alam sekitar.

Kenderaan 4X4 boleh merosakkan tumbuhan, mencemar tanah, mencemar air sungai dengan minyak enjin atau menyebabkan kekeruhan air, hasilkan asap ..saje2 lepaskan asap,ganggu hidupan hutan dengan bunyi bising, deruman enjin tu berfrekuensi tinggi ada yang tak dapat tidur siang...boleh ganggu rantaian makanan kerana ekologi hutan pun agak sensetif. Bau diesel dand bau peluh kehadiran manusia menyebabkan haiwan stress...

Jadi cuba kurangkan impak ini kalau nak  pergi ke dalam hutan jungle trekking lebih enviromental friendly..cuma letih  lebih dan bekalan tak leh bawak sebanyak 4WD.
Kalau tempat tak dela macam hutan dara, takde sungai kecik kira memang dah berkali2 jadi tempat belasahan 4X4 ok la skit. Tapi saya tetap tak gemar benda ni digalakkan sangat.. kalau ada keperluan mendesak boleh la...


 ini bukan kat hutan


 yang ni a big No No

Species spotted: Buttercup kat Cameron highland


 Sebenarnya dah spotted benda ni tahun 2011 tapi baru je nak postkan... buttercup ni aku dah check  sebagai Ranunculus cantoniensis.. aku ingat species baru.... tapi rasanya rekod blum ade..sebab dah check kewujudanya rekod nya di sini .Tahun 2012 aku pegi spot yang sama dah ghaib jadi parking lot untuk pelancong ke Boh Tea Centre....sayang dah hilang nasib sempat amik gambar... ade lagi yang aku jumpe.. tapi jarang ade masa nak post.. sbb internet connection lembap...