Thursday, August 26, 2010

Fenomena Marikh sebesar Bulan 27 Ogos 2010

 Petang semalam baru saya terdengar ada orang sebarkan fenomena planet Marikh akan berada dekat dengan Bumi  lebih kurang jam 12 lebih pagi. Pada pendapat saya Marikh takkan kelihatan sebesar Bulan kerana ia perlu berada lebih dekat...paling dekat pada 2003 mengikut link ini  http://astromas2020.blogspot.com/2007/12/marikh-berada-paling-hampir-malam-ini.html  ternyata cerita tu tak benar....lepas sahur pun aku cuma tengok ada bulan penuh, berdekatannya planet Musytari bermagnitud -2 kot, cukup cerah. kearah timur ada buruj Belantik (Orion) yang pasti Marikh dah terlepas dan tak cukup cerah....  gambar di atas adalah Musytari waktu pagi waktu  pandangan dari tingkap bilik aku, aku amik dalam tahun 2008.

Friday, August 20, 2010

Hujan, rahmat Tuhan menyejukkan bulan yang panas ini.

Hari ke-3 puasa dah ada ujan.. lega.. alhamdulillah! Hujan petang atau tengahari banyak membantu mengurangkan haba.... walaupun gitu aku bangun  jam 5.00 pagi  tak  rasa sejuk pun... sebab rata-rata suhu pagi tak kurang 25 Celcius kat kuala Selangor ni.. kalau Janda Baik atau Taiping sure suhu rendah lagi...Sekarang mandi pagi tak semencabar cam dulu-dulu masa aku kat Raub...jam 5 lebih dah bangun dengan suasana kabus dan suhu serendah 19 Celcius. atau waktu gi sahur kat dewan makan  jam 4 pagi lagi bapak sejuk(yang tu aku tak measure suhu).
ingatlah penebangan pokok yang berleluasa kat dunia ni dah memanaskan bumi tambah dengan pembakaran, dan bila Bumi dah panas lagi mudah nak terbakar plak. dulu mana ada dengar hutan kat negara kita terbakar...
semoga hujan rahmat yang turun ni dapat membataskan aktiviti pembakaran terbuka ni...

Thursday, August 12, 2010

Puasa, Cuaca Panas dan Pembakaran Terbuka

      Tahun ni, kita  berpuasa pada bulan Ogos , kebetulan pulak cuaca panas. Setakat hari ketiga berpuasa, aku terasa sangat bahang dan dahaga yang amat sangat... malah sepanjang malam suhu kat dalam rumah tak kurang 30 Celcius , (kat luar rendah sikit 27-28 C). menjelang pagi ni ade kurang skit ...Waktu bersahur pun kena jugak teguk air sejuk bersuhu rendah atau tambah ais...Lega
       Seminggu Sebelum Puasa ni aku dah dah dapat rasa bahang musim panas kering..ye lah sebelum matahari tegak untuk Equinoks   bulan September, kita akan terima ketegakkan tu awal bulan September ,aku jangka lepas Raya  baru ada hujan lebat waktu petang.... yang aku heran masih ramai orang kita membakar sampah-sarap secara terbuka walaupun dah tau bumi makin panas.

first blog dalam bulan puasa

Dah lama terpendam nak buat blog.. akhirnya hari ni ada masa untuk aku buat... sebab masa free sikit waktu  puasa ni.. lunch break boleh rehat....
 Bulan puasa tahun ni jatuh pada Ogos , musim yang panas pasal kedudukan matahari tengahari berada bawah sikit dari garisan Sartan...sebelum kembali ke Khatulistiwa pada lebih kurang 21 September.Waktu berpuasa di negara-negara yang lokasinya lebih dari  10 darjah Utara pasti lebih panjang dan PANAS!! . Hari ni nak berbuka dengan nasi ayam masakan isteri...  OK Chow..