Saturday, October 18, 2014

Puting Beliung atau Tornado atau water spout.....

Dari kecik sejak umur 10 tahun saya suka tengok awan...banyak gambar awan dalan koleksi foto. terutama sebelum hujan..sebab teringin nak tengok macam mana awan boleh jadi puting beliung....
Fenomena puting beliung kat Pendang Kedah 14 Oktober mengingatkan satu lagi kes kat Arau pada 28 Oktober 2010. memang dahsyat. bulan Oktober ni  selepas Equinoks september ada perubahan angin agaknya..(ni yang aku pikir...) tapi selagi ada pertembungan udara sejuk yang kering dengan udara panas yang lembap serta keaadaan angin yang sesuai cukup ramuan, dengan izin Allah boleh jadi...Terutamanya sebelum hujan ribut jenis supercell.kena tengok jugak awan nya..biasa ada disertai hujan ais

jenis awan berpotensi....

http://i.ehow.com/images/a04/vg/j5/make-weather-predictions-tornado-activity-800X800.jpg

 kalau ada awan  macam ni (mamatus cloud) boleh stanby kamera...


http://www.mysteriousperson.com/MYSTERIOUSPERSON/thezblog/uploaded_images/cloud1-749728.jpg

rajah supercell.. biasanya ribut petir hujan yang lebat ada berlaku   


http://earth.rice.edu/mtpe/atmo/atmosphere/topics/tornadoes/suprcell.jpg
  yang Belalai Air water spout tu biasa berlaku kat perairan... sebab perairan suam// udara sejuk turun.. wap air suam naik...


http://i.usatoday.net/weather/_photos/2009/07/23/weather_focusx.jpg
 sambung lagi.. nanti.. pasal banyak assignment ..

Friday, September 19, 2014

Equinoks Musim Luruh 2014

Equinoks pada jam 10.30 am September 2014. Hari Isnin. Siang Dan malam sama panjang. Dan Hujan adalah kelaziman..Tiada lagi ElNino yang berskala besar seperti di ramal....

Monday, August 4, 2014

Ogos 2014 ramalan El Nino turun ke 50% dari 70%

     Walaupun musim  kering nampak tak berapa reda... Tapi hujan ada turun pasar minggu Raya  jadi El Nino yang diramal semakin lemah...
Berikut petikan dari ABC Australia.

The Bureau of Meteorology has revised down its prediction of an El Nino weather event developing later this year.

Warming in the tropical Pacific Ocean defines El Nino activity, but the latest climate modelling shows temperatures there have cooled.

Last month, the Bureau predicted at least a 70 per cent chance of an El Nino pattern developing in spring.

ABC RURAL

Manager of climate predictions at the Bureau of Meteorology, Dr Andrew Watkins, says the forecast could still change.

"So we're definitely not in the clear as yet. There is still a 50 per cent chance," he said.

"In a normal year there's about a 25 per cent chance, so we're about double the normal risk of an El Nino.

"So we're certainly not out of the woods yet and indeed five of the eight models we've surveyed from around the world are still suggesting an El Nino may occur."

The Bureau has changed its El Nino 'alert' status to a 'watch', which means that if an El Nino did develop, it's impact wouldn't be as strong.

Jadi , dalam post lepas  , saya pun ada nyatakan El Nino mungkin tak sekuat  1998-1990.
Link
www.abc.net.au/.../el-nino-us/5646848

Sunday, June 29, 2014

Ramadan 2014

Hari pertama Ramadhan 1435 bersamaan Ahad 29 Jun 2014. Cuaca panas bermula minggu kedua bulan Jun berterusan sampai hari ni.
Tenaga berkurangan menjelang tengahari. Hujan turun tak disangka...semasa tengok Majalah Islam tvAlhijrah, berkenaan penanaman pokok buah tin atau fig oleh orang tempatan. Dato' Syed Razak dan Amanda Putri garden. Boleh cari benih  buah tin....

Saturday, June 21, 2014

Solsetis Musim Panas 2014

Solsetis Jun 2014 atau musim panas berlaku semalam jam 6.51 petang waktu Malaysia.  matahari tegak di garisan 23.5 darjah Utara.Tempoh Siang paling panjang bagi hemisfera utara. Jadi bulan puasa ni masih dalam tempoh siang yang panjang. Lebih sikit 12 jam

Pagi ini matahari terbit pada jam 7.06 pagi. Bering 66 darjahTimur. Dan terbenam jam 7:24 petang pads 294 darjah BaratLaut. Tempoh siang 12 jam 18 minit.

Tuesday, June 17, 2014

Little Green Moth

One of numerous species of moths encountered during field works. Green moth  on building wall near Sg. Serai Hulu Langat.

Saturday, May 10, 2014

Ramalan El Niño 2014......penduduk Malaysia dah resah...




 Sejak 2-3 hari lalu .. akhbar-akhbar dan juga kenyataan  dalam web Jabatan Meterologi  mencanang
kebarangkalian fenomena El Niño akan dialami dalam tahun ini...berikutan ramalan  UK Met office,  Maka rakyat Malaysia, terbayang kekurangan hujan dan catuan air bakal terjadi lagi... itu di Asia Tenggara ,kesan El Niño berbeza-beza mengikut tempat seperti di bawah... ada yang lebih  hujan...

http://bobtisdale.files.wordpress.com/2014/04/figure-2-ukmo-weather-during-el-nino.jpg
 Fenomena  El Niño atau Southern Oscillation juga diramal oleh Agensi Meteorologi Jepun bakal berlaku kerana peningkatan suhu permukaan laut (SeaSurfaceTemperature) di Pasifik bakal menyebabkan angin lebih bergerak ke Timur Pasifik dan kelembapan dan hujan turun di lautan  dan ke arah Pantai Barat Amerika Selatan....
  Fenomena  El.Niño dan La Niña lebih popular berbanding Indian Ocean Dipole yang kesannya lebih menyerlah di tenggara Indonesia dan Sumatera...
 Walaupun diramal berlaku (dalam 50 peratus kebarangkalian)...pada pendapat saya yang taklah pakar, mungkin ia tidak sehebat  ENSO 1997/98... kalau benar juga berlaku...ia akan menjadikan antara tahun terpanas... tapi setakat ini rekod cerapan suhu belum mengatasi rekod di Chuping Perlis 40.1 Celcius  pada April 1998.....saya berada di Perlis pada masa tu....dengan aktiviti matahari yang kurang saya harap El.Niño kalau terjadi pun suatu yang lemah.. bercanggah dengan ramalan yang mengatakan El.Niño yang paling kuat kesannya. Tidak semua saintis iklim sepakat....ada  juga yang berhaluan kiri....
....simpan bekalan air sebelum habis.. sediakan payung sebelum hujan.
 




Thursday, May 1, 2014

Lorong pokok.

Lorong pokok... Atau terowong pokok... terasa segar udara... kerana sejumlah pokok membersihkan udara dan memberi cooling effect......

Dari PC ke smartphone

Hari ni semasa tunggu  beli roti canai... Terus downloaded app. utk  blog guna fon... Mungkin kekerapan utk post akan bertambah.......agak terlambat rasanya bila orang lain dah lama mengapplikasikan technology yang ada....

Monday, February 10, 2014

Berakhir sudah Episod Pagi Yang Sejuk di Malaysia


Checked pagi semalam.. di web Meteorologi Malaysia untuk 10 Feb 2014,



















 Nampaknya Suhu minimum dah mula tak rendah sangat sekitar 23-24 darjah Celcius di kebanyakan tempat

 beberapa hari sebelum dah mula meningkat tapi pada 04 Febr 2014..


 Suhu agak rendah dengan Kuala Kerai bawah 16 darjah Celcius...

 Dalam pada masa tu waktu aku kat Hulu Langat Batu 12....pagi min 18.0 darjah Celcius.. tapi sempat amik gambar dah naik skit..



 Kalau tahun depan pattern nya sama , jadi normal lah fenomena ni...

Thursday, January 30, 2014

Angin Sejuk di Malaysia dan Global Cooling

Terpanggil rasa nak update blog ni...

 Sebelum bertolak ke Penang pada 20 Jan ... macam biasa rutin pagi aku ialah tengok termometer kat luar rumah...dah beberapa pagi suhu min yang di catat bawah 22 darjah. . 21.6, 21.9 , .. memang aku jangka January ni Sejuk macam dalam post aku yang lepas tahun 2013... cuma aku tak sangka orang ramai... dan media akan cerita dgn meluas..

 Aku dah kat Penang .. Isteri aku mengadu rasa sejuk kat rumah ..ingat dia demam...kawan2 kat FB pun sama.. .
Kluar  plak kat media lepas banyak bandar catat suhu terendah...Tapi aku kat Pulau Pinang tak merasa ,,kerana suhu kat sini tak terjejas... pagi 25 ..cuma angin kuat skit, pagi2 dah 11 ke 18 km/h..dan kelembapan rendah .. sekitar 50%  .. jadi peluh cepat kering... basuh baju pun cepat kering..

 Berbalik pada cuaca sejuk.. di mana angin sejuk Siberia bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke Selatan sepatutnya dah dapat rasa pada Disember lagi.. tapi angin Timuran dari Pasifik dah masuk line jadi bulan Disember 2013 yang suam..Begitu juga kat Filipina ," Hangin Hamihan" yang sepatutnya beri udara nyaman bulan Disember jadi tak sejuk.Dalam bulan yang sama, suhu kat rumah  saya rata-rata minimum adalah
 sekitar 23 darjah .keatas tak lebih 25 darjah pada waktu pagi.

 Dengan aktiviti matahari yang semakin perlahan, tahun-tahun berikut boleh rasa lagi keadaan sejuk ni
menurut Jabatan Meteorologi. fenomena ni normal...tapi kat negara2 lain pun tahun ni adalah yang paling sejuk  untuk 20 ke 30 tahun. kat Kemboja, Vietnam, Macau, Taiwan.. tak lupa kat India, Nepal dan Bangladesh pun ramai yang jatuh sakit atau mati sebab kesejukan.  Satu lagi Kutub Selatan pun tak berapa nak cair . Sekarang dah  musim panas kat  Selatan Hemisfera (start 22 Disember lalu).

 Aku rasa dengan info yang datang dari saintis jugak (yang bukan pro-global warming)  sedikit penurunan suhu akan berlaku untuk beberapa dekad( rujuk post lama) sebelum meningkat semula.....
Fasa Global  cooling dah bermula......................................................
  Tengok map 2013 untuk anomali suhu.

Sumber NOAA