Saturday, April 18, 2015

UPDATE EL NINO 2015

Sehingga setakat blog ini ditulis... mesti ramai yg dah lupa tahun lepas 2014 Malaysia begitu kecoh dengan El Nino.... sebab cuaca kering.....tahun ini  2015 kita tak mengalami sejuk kering pada awal tahun tetapi kering dan agak panas pada pertengahan Februari....disebabkan  cuaca panas media ada melaporkan keadaan itu sebabkan fenomena Equinoks..yg lebih kurang sebulan ke depan....pada masa tu....pada kebiasaanya Equinox akan diiringi hujan lebat lewat petang. Bukan lebih mengeringkan.. namun orang ramai lebih senang baca apa ditulis wartawan daripada membuat bacaan buku geografi fizikal...
2 minggu sebelum Equinoks hujan lebat melanda...perhatian terhadap berita cuaca mula pudar....

Untuk update El Nino...
Pihak NOAA  agensi kajian atmosfera US dengan berbekal  petunjuk ENSO  atau ElNino/ Northern Oscillation yang mengutip data SST atau sub surface temperature...suhu subpermukaan lautan sehingga Mac ... telah mencadangkan permulaan El Nino... kerana suhu SsT  lautan Pacific dah lebih 0.5 C dan pattern hujan atau kerpasan di kawasan barat Amerika Utara yg sedikit tinggi dari biasa...walau bagaimanapun...ada lagi syarat lain Seperti kadar hujan yg tinggi di timur Pacific dan kurangnya hujan di Indonesia serta satu lagi indeks petunjuk..EQSO.yang lebih menumpukan bahagian berdekatan khatulistiwa...

Pihak Meteorologi Malaysia masih banyak bergantung pada data data dan konsensus agensi luar kerana kajian meluas dan mendalam selain mereka mempunyai akses pada teknologi....

Apa pun petunjuknya manusia hanya meramal...Tuhan yang menentukan....

Thursday, February 26, 2015

Equinox musim Bunga 2015

Awal tahun 2014 , fenomena  cuaca sejuk segar melanda sehingga pertengahan Februari...Tahun 2015 ni...cuaca sejuk x jadi....maka dakwaan cuaca sejuk adalah normal dan berlaku saban tahun di Malaysia adalah x benar.pada fikiran saya.........yang saban tahun kita tempuhi adalah Equinox musim Bunga dan Equinoks musim Luruh.
Cuaca panas pertengahan February ni bukanlah disebabkan Equinox...sebab Equinoks  musim Luruh bulan September pn terjadi takde pulak panas melampau....pada saya Gelombang panas boleh terjadi bukan semesti kerana Equinoks.... .Solar maksimum boleh menjurus atau menghasilkan heatwave  bersama faktor2 lain....tetapi sehingga blog ini ditulis sudah 7 hari berterusan matahari tiada bintik(sunspot) sumber dari Layman count. Adakah perluasan ais di Antartika.. memantulkan lebih cahaya ke atmosfera bumi dn tersebar balik ke Tropika.