Thursday, January 30, 2014

Angin Sejuk di Malaysia dan Global Cooling

Terpanggil rasa nak update blog ni...

 Sebelum bertolak ke Penang pada 20 Jan ... macam biasa rutin pagi aku ialah tengok termometer kat luar rumah...dah beberapa pagi suhu min yang di catat bawah 22 darjah. . 21.6, 21.9 , .. memang aku jangka January ni Sejuk macam dalam post aku yang lepas tahun 2013... cuma aku tak sangka orang ramai... dan media akan cerita dgn meluas..

 Aku dah kat Penang .. Isteri aku mengadu rasa sejuk kat rumah ..ingat dia demam...kawan2 kat FB pun sama.. .
Kluar  plak kat media lepas banyak bandar catat suhu terendah...Tapi aku kat Pulau Pinang tak merasa ,,kerana suhu kat sini tak terjejas... pagi 25 ..cuma angin kuat skit, pagi2 dah 11 ke 18 km/h..dan kelembapan rendah .. sekitar 50%  .. jadi peluh cepat kering... basuh baju pun cepat kering..

 Berbalik pada cuaca sejuk.. di mana angin sejuk Siberia bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke Selatan sepatutnya dah dapat rasa pada Disember lagi.. tapi angin Timuran dari Pasifik dah masuk line jadi bulan Disember 2013 yang suam..Begitu juga kat Filipina ," Hangin Hamihan" yang sepatutnya beri udara nyaman bulan Disember jadi tak sejuk.Dalam bulan yang sama, suhu kat rumah  saya rata-rata minimum adalah
 sekitar 23 darjah .keatas tak lebih 25 darjah pada waktu pagi.

 Dengan aktiviti matahari yang semakin perlahan, tahun-tahun berikut boleh rasa lagi keadaan sejuk ni
menurut Jabatan Meteorologi. fenomena ni normal...tapi kat negara2 lain pun tahun ni adalah yang paling sejuk  untuk 20 ke 30 tahun. kat Kemboja, Vietnam, Macau, Taiwan.. tak lupa kat India, Nepal dan Bangladesh pun ramai yang jatuh sakit atau mati sebab kesejukan.  Satu lagi Kutub Selatan pun tak berapa nak cair . Sekarang dah  musim panas kat  Selatan Hemisfera (start 22 Disember lalu).

 Aku rasa dengan info yang datang dari saintis jugak (yang bukan pro-global warming)  sedikit penurunan suhu akan berlaku untuk beberapa dekad( rujuk post lama) sebelum meningkat semula.....
Fasa Global  cooling dah bermula......................................................
  Tengok map 2013 untuk anomali suhu.

Sumber NOAA






Friday, April 26, 2013

Pemanasan Global .. Hangat-hangat dah sejuk..dalam blogging

Blog tak terurus .. bukan kerana malas tapi memang banyak benda lain kena buat, connection kat rumah yang dah 2 bulan putus-putus menambahkan rasa malas, Exam pun dah dekat dan anak-anak kengkadang tak sihat.. semua faktor tu buat semacam hangat-hangat taik ayam lalu sejuk... Sama kes dengan bumi.. dimana musim sejuk dah sebabkan musim bunga dan musim panas tertunda tahun ni...
Kita kat Malaysia mungkin tak rasa pasal panas memanjang.... kat UK sampai April ada ribut salji...USA, Kanada banyak rekod salji turun dah dipecahkan...
 Aku semacam percaya bahawa Maunder Minimum 300 tahun dulu boleh berulang, 
Seorang  ahli Astro fizik Russia, Prof. Habibullo Abdusamatov meramalkan fasa pertama penyejukan bermula pada 2014...jadi ada logik la tahun ni musim bunga terdelay. Menurut beliau fasa penyejukan boleh jadi dengan kadar yang pantas....



 Prof. Habibullo Abdussamatov


Monday, February 4, 2013

Laman web astronomi Falakonline.net

Dah lama aku tak membuat renungan-renungan malam macam dulu2  waktu  zaman ITM student, hampar tikar (atas bumbung kolej atau padang bola) sambil tengok ke langit kira  lintasan meteor waktu Perseid meteor shower (selalunya malam ade awan). Kejap tadi saje-saje cari web pasal astronomi kat Malaysia.. jumpa la http://falakonline.net . memang teruja sebab ramai Amateur Astronomer yang memang  Ahli dalam bidang ni... tak payah aku beli magazine Sky& Telescope macam waktu bujang dulu sampai kena marah dengan mak ayah pasal mahal sangat...
Ada cerita pasal komet untuk 2013..pasti gempak.
Boleh la ikuti perkembangan astronomi banyak tips dan ilmu berguna..... selamat  merenung bintang (star gazing)..