Saturday, May 10, 2014

Ramalan El Niño 2014......penduduk Malaysia dah resah...




 Sejak 2-3 hari lalu .. akhbar-akhbar dan juga kenyataan  dalam web Jabatan Meterologi  mencanang
kebarangkalian fenomena El Niño akan dialami dalam tahun ini...berikutan ramalan  UK Met office,  Maka rakyat Malaysia, terbayang kekurangan hujan dan catuan air bakal terjadi lagi... itu di Asia Tenggara ,kesan El Niño berbeza-beza mengikut tempat seperti di bawah... ada yang lebih  hujan...

http://bobtisdale.files.wordpress.com/2014/04/figure-2-ukmo-weather-during-el-nino.jpg
 Fenomena  El Niño atau Southern Oscillation juga diramal oleh Agensi Meteorologi Jepun bakal berlaku kerana peningkatan suhu permukaan laut (SeaSurfaceTemperature) di Pasifik bakal menyebabkan angin lebih bergerak ke Timur Pasifik dan kelembapan dan hujan turun di lautan  dan ke arah Pantai Barat Amerika Selatan....
  Fenomena  El.Niño dan La Niña lebih popular berbanding Indian Ocean Dipole yang kesannya lebih menyerlah di tenggara Indonesia dan Sumatera...
 Walaupun diramal berlaku (dalam 50 peratus kebarangkalian)...pada pendapat saya yang taklah pakar, mungkin ia tidak sehebat  ENSO 1997/98... kalau benar juga berlaku...ia akan menjadikan antara tahun terpanas... tapi setakat ini rekod cerapan suhu belum mengatasi rekod di Chuping Perlis 40.1 Celcius  pada April 1998.....saya berada di Perlis pada masa tu....dengan aktiviti matahari yang kurang saya harap El.Niño kalau terjadi pun suatu yang lemah.. bercanggah dengan ramalan yang mengatakan El.Niño yang paling kuat kesannya. Tidak semua saintis iklim sepakat....ada  juga yang berhaluan kiri....
....simpan bekalan air sebelum habis.. sediakan payung sebelum hujan.
 




No comments:

Post a Comment