Tahun ni, kita berpuasa pada bulan Ogos , kebetulan pulak cuaca panas. Setakat hari ketiga berpuasa, aku terasa sangat bahang dan dahaga yang amat sangat... malah sepanjang malam suhu kat dalam rumah tak kurang 30 Celcius , (kat luar rendah sikit 27-28 C). menjelang pagi ni ade kurang skit ...Waktu bersahur pun kena jugak teguk air sejuk bersuhu rendah atau tambah ais...Lega
Seminggu Sebelum Puasa ni aku dah dah dapat rasa bahang musim panas kering..ye lah sebelum matahari tegak untuk Equinoks bulan September, kita akan terima ketegakkan tu awal bulan September ,aku jangka lepas Raya baru ada hujan lebat waktu petang.... yang aku heran masih ramai orang kita membakar sampah-sarap secara terbuka walaupun dah tau bumi makin panas.
No comments:
Post a Comment