Sehingga setakat blog ini ditulis... mesti ramai yg dah lupa tahun lepas 2014 Malaysia begitu kecoh dengan El Nino.... sebab cuaca kering.....tahun ini 2015 kita tak mengalami sejuk kering pada awal tahun tetapi kering dan agak panas pada pertengahan Februari....disebabkan cuaca panas media ada melaporkan keadaan itu sebabkan fenomena Equinoks..yg lebih kurang sebulan ke depan....pada masa tu....pada kebiasaanya Equinox akan diiringi hujan lebat lewat petang. Bukan lebih mengeringkan.. namun orang ramai lebih senang baca apa ditulis wartawan daripada membuat bacaan buku geografi fizikal...
2 minggu sebelum Equinoks hujan lebat melanda...perhatian terhadap berita cuaca mula pudar....
Untuk update El Nino...
Pihak NOAA agensi kajian atmosfera US dengan berbekal petunjuk ENSO atau ElNino/ Northern Oscillation yang mengutip data SST atau sub surface temperature...suhu subpermukaan lautan sehingga Mac ... telah mencadangkan permulaan El Nino... kerana suhu SsT lautan Pacific dah lebih 0.5 C dan pattern hujan atau kerpasan di kawasan barat Amerika Utara yg sedikit tinggi dari biasa...walau bagaimanapun...ada lagi syarat lain Seperti kadar hujan yg tinggi di timur Pacific dan kurangnya hujan di Indonesia serta satu lagi indeks petunjuk..EQSO.yang lebih menumpukan bahagian berdekatan khatulistiwa...
Pihak Meteorologi Malaysia masih banyak bergantung pada data data dan konsensus agensi luar kerana kajian meluas dan mendalam selain mereka mempunyai akses pada teknologi....
Apa pun petunjuknya manusia hanya meramal...Tuhan yang menentukan....